SERANGAN BUAYA DI ROMPIN ?

>> Rabu, 25 Jun 2014

SERANGAN BUAYA DI ROMPIN ? Kaki kail mesti terkejut,jarang kita dengar kejadian berlaku di Semenanjung lebih-lebih lagi di lebuk EMAS Udang Galah Rompin.

Kepada kakipancing yang mahu datang memancing di Rompin supaya agar lebih berhati-hati, perkara seperti ini bukannya selalu berlaku disini. mungkin secara kebetulan. Kunjungilah Rompin sebagai destinasi pilihan kaki pemancing,anggaplah ianya satu dugaan. Mungkin kakipancing ingin mengetahui cerita yang saya petik dari Sinar ,akbar pilihan semua untuk rujukan.

KUANTAN - “Masa tu saya hanya ingat mati saja,” kata Ewa Judak, 33, mangsa serangan buaya di Sungai Rompin, malam Sabtu lalu.

Ketika ditemui dia banyak menggeleng kepala dan mengakui terlalu ngeri dengan kejadian itu.

Katanya, dia tidak menyangka rutin hariannya mandi di sungai itu selama ini berakhir dengan gigitan buaya sekali gus membuatkan dia serik untuk tinggal di rumah rakit lagi selepas ini.

Dia yang bekerja sebagai penangkap udang memikirkan untuk bertukar kerja dan mencari pekerjaan sesuai memandangkan isterinya sedang hamil tiga bulan.

Menceritakan kejadian itu, Ewa berkata, dia sedang mandi ketika buaya itu tiba-tiba menggigit kaki kirinya namun dia tidak mengalah dan kuatkan semangat melawan reptilia itu.

“Saya kuatkan semangat dengan membuka mulut buaya itu dan sentak dengan kuat mengakibatkan jari sebelah kiri luka dan berdarah,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Norashikin Rantau, 16, berkata, dia masih ingat kata-kata suaminya yang mungkin akan meninggal dunia jika tidak dibantu sesiapa.

“Itulah perkataan setiap kali keluar dari bibirnya sejak kejadian itu tetapi kami bersyukur kerana semuanya selamat walaupun dia mengalami kecederaan,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak dimaklumkan pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tempoh masa suaminya dirawat tetapi berharap Ewa akan kembali sihat.

Ewa bagaimanapun bernasib baik kerana kerana ketika itu dia mandi di atas kayu balak yang menjadi pelampung rumah rakitnya dan buaya itu tidak dapat bertindak agresif kerana saiznya besar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP