MEMNCING PUYU DAN HARUAN DI SIMPANG SEPAYANG,ROMPIN PAHANG

>> Ahad, 16 Disember 2012

Bulan November dan Disember 2012, Waktu sesuai untuk memancing bersama keluarga di Bendang Sawah di Simpang Sepayang. bagi mereka yang mengemari ikan-ikan air tawar seperti Puyu,haruan dan sebagainya boleh menjadikan ini sebagai lokasi pilihan.

Jaraknya lebih kurang 10 KM dari bandar Kuala Rompin. Tempat ini amat sesuai bersama keluarga,tenang dan menghirup udara segar.

bagi yang berminat boleh melalui jalan ke Selendang atau taman negeri,kemudian masuk ke simpang sepayang menuju ke sawah sepayang.
tapi jangan lupa umpan paling sesuai adalah cacing.

Read more...

peta lokasi ke Rompin

>> Isnin, 17 September 2012



Rakan kail,kali ini kami akan menunjukkan lokasi dimana terletaknya Kuala Rompin yang terkenal sebagai pusat memancing. Bagi Kaki pancing di negeri Pahang ini, Kuala Rompin bukanlah asing,sememangnya rompin dikenali sebagai lubuk memancing ikan layaran.

Read more...

CHEDOQ CHALENGER KEMBALI LAGI

>> Rabu, 28 Julai 2010


CHADOQ CALLENGE KEMBALI LAGI,Kali ini mempertaruhkan hadiah Johan RM15,000.00. Bertempat di pantai yang Indah Chedoq Pontian, Pahang.
Pertandingan ini akan diadakan hujung bulan September 2010 ( Selepas Hari Raya Aidil Fitri).
Bagi Pemancing boleh menyiapkan diri terlebih awal memandangkan pertandingan ini dibuka kepada semua pemancing luar dan dalam negeri.
Bagi Johan terdahulu,sudah pasti memastikan hadiah RM15,000.00 tidak terlepas ke tangan orang lain.

Read more...

KAILROMPIN DI PERTANDINGAN MEMANCING DI ROMPINFEST 2010

>> Ahad, 13 Jun 2010




Dari jam 7 pagi lagi,ktu kailrompin menyahut cabaran memancing anjuran joranbagus.com
Air mula naik pasang,ketika ini kalau dilabuhkan kail mungkin rezeki membuahkan hasil.
Selepas pendaftaran kami terus menuju ke pantai ketika itu ramai kakipancing menunggu saat yang dipertandingkan.
Malangnya hampir jam 9.00 pagi barulah pertandingan dimulakan. Dalam iklan diwar-warkan dimulakan jam 8.00 pagi. ini menimbulkan keresahan pada kakipancing yang menunggu hampir 2 jam. Tidak hairanlah ikan yang dimenangi oleh Johan memancing seberat 1 kilo lebih sahaja.

Jadi nasihat saya kepada semua penganjur pertandingan,tetapi masa supaya suasana tidak mencacatkan pertandingan.

Read more...

KOMEN TENTANG CHEDOQ CALLENGER 2010 ( NUKILAN PENULIS BLOG PERMATA WANGI BLOGSPOT.COM

>> Selasa, 8 Jun 2010


Pada 30hb mei lalu tepat jam 6.10 pagi minit aku terus ‘memudik’ ke selatan tanah air lagi, dan pukul 8.33 minit pagi tiba ke destinasi yg dituju, Pantai Cheduk Kuala Pontian. Untuk selanjut nya sila klik tajuk.

Difahamkan lokasi ini merupakan satu lokasi yg bakal menjadi tempat pelancungan yg cantik seandainya dipermajukan lagi. Pantai yg amat landai ini berhadapan dengan dua buah pulau kecil yg dikenali sebagai Pulau Docong Besar dan Docong Kecil.

Disini juga terdapat sebuah penginapan ‘Cheduk Resort’ dibawah kelolaan anak tempatan dan juga merupakan ‘kawan sekampong’ aku semasa kecil dahulu.


‘Cheduk Challenger 2010’ satu pertandingan memancing yg julung kali diadakan disini dibawah pengerusi anjuran nya, EnAb.Rahim Burok yg juga merupakan bekas guru aku di SMKR Rompin dahulu.

Aku park dilokasi ini lebihkurang jam 8.30 pagi dan setengah sudah pertandingan dimulakan.

Suasana pantai ini berubah secara mengejut, setelah sekian lama ‘muram’ tanpa penyelesaian. Beratus ratus buah kereta yg ada dan diletakan dibawah pohon ru melambai perlahan diselami dengan beberapa buah gerai makanan dan canopy urusetia pertandingan.


Anggota keselamatan Polis dan Rela sebuk kesana kemari bagi mengawal suasana itu, termasuk ‘Wi Kero’ sebagai anggota Rela yg bertugas.

Difahamkan seramai 263 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu dan menurut En.Rahim Burok penyertaan agak terjejas kerana ini adalah pertamakali diadakan disini serta bertembung dengan satu lagi pertandingan di Melaka.

Disini agak ramai bertemu dengan rakan rakan lama dan saudara mara setelah berpuloh tahun aku menetap di negeri lain.

Johan dalam pertandingan ini Berjaya menaiki pari lalat seberat 14.200kg manakala naib johan nya juga pari seberat 12.800 kg.

Aku sendiri jarang melihat hadiah yg ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah terlalu banyak jauh melewati hadiah untuk para peserta. Mungkin untuk meraikan warga kampong atau pengunjung agak nya.

Pertandingan ditamatkan jam 1.00 ptg tetapi acara penyampaian hadiah membawa ke hampir pukul 4.00 ptg.

Konon nya sempat juga ‘mempromosi’ buah berangan dimajlis ini dan turut diwar warkan oleh DJ bertugas En.Lan bekas rakan sekolah aku dahulu.

Rasanya cerita ini kurang penghayatan nya kerana selepas berjumaat nanti aku sekeluarga akan berangkat pula ke Pulau Duyung Terengganu untuk perjumpaan “pra-bloggers” termasuk ‘kaki forumer’ lebihkurang 50 orang seluruh negeri.

Kesimpulannya: Cheduk Challenger 2010 ini bolehlah di anggap berjaya kerana pertamakali ianya diadakan disini dan pertamakali juga dianjurkan oleh mereka yg takpernah punya pengalaman dalam hal ini. Semoga dilain kali lebih berjaya lagi dan insya Allah akan bersambung di siri kedua nanti.

Read more...

RENTAPAN KURAU PENGKALAN JUSOH DI KUALA PONTIAN

>> Jumaat, 4 Jun 2010


Setelah selesai penganjuran Chedoq Callenger 2010, Penulis ingin berkongsi bersama-sama kru-kru kailrompin,berkongsi pengalaman,aktiviti memancing di Rompin.

Kali ini Pengairan Sungai Pontian iaitu Pengkalan Jusoh yang terletak di Kuala pontian,Pahang.

Mula memancing Jam 9.pagi,mengunakan umpan anak ikan belalak mata yang boleh didapati di jambatan Sg Pontian.

Anak ikan belalak mata menjadi pilihan kerana sisiknya berkilat menarik perhatian ikan kurau selain baunya hanyir.

tepat jam 11.35 pagi kail direntap ikan kurau seberat hampir dua kilogram.

Kepusannya ini dikongsi bersama rakan-rakan yang ingin ke Rompin boleh menghubungi En Rahim No. tel : 014-8383713

Read more...

champion Chadoq Chalenger 2010 telah diketahui

>> Ahad, 30 Mei 2010





Teka-teki siapakah champion dikalangan pemancing untuk cabaran Chedoq callenger 2010 telah diketahui, saudara Mohamad Jais berasal dari Semanyir Endau Johor yang menaikan ikan pari lalat seberat 14 Kilo 200gram

Mohamad Jais berjaya menjinakkan ikan pari tersebut mengambil masa lebih kurang setengah jam menewaskan pemancing yang menduduki tempat kedua juga menaikan pari pasir seberat 8 kilo.

dari cerita En.mohamad jais. ini julong kali dia berjaya menaikan ikan sebesar dan seberat itu. Bagi pemancing yang biasa menjejak pari di Pantai Rompin ini,kelibat pari yang paling besar setakat ini ialah seberat 40kilogram pernah dinaikan.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP