UDANG GALAH ROMPIN

>> Rabu, 19 Mac 2014



UDANG GALAH ROMPIN,Sebut saja udang galah ramai sudah mengenalinya,baik pernah memancing atau pernah merasai keenakannya.pelbagai masakan boleh dihidangkan ,paling popular di Rompin ini ialah masakan bersos merah. Bukan itu sahaja banyak lagi masakan boleh disediakan mengunakan udang galah tetapi rata-rata kedai yang menyediakan hidangan ini sebagai hidangan harian.
 
UDANG GALAH, bagi mereka yang berkunjung di Rompin ini,rugi jika tidak menikmati hidangan udang galah Rompin. Sebagai penulis, pernah mendengar pujian dari pengemar udang galah mengatakan Udang galah Rompin ini memang manis,sedap dan sebagainya, amat berbeza dengan udang- galah di tempat lain. Penulis memang mengakuinya, Sungai Rompin, Sungai Pontian, Sungai Leban Chondong memang sungai yang tidak tercemar, itulah sebabnya mengapa Udang Galah Rompin mendapat perhatian..
 
UDANG GALAH ROMPIN, Bagi mereka yang berminat untuk memancing,merasa rentapan udang galah  di Rompin ini, saya cadangkan datanglah ke Rompin. Disini banyak Chalet-chalet penginapan untuk disewa dengan kadar sewa yang murah dan berpatutan, tetapi sebaiknya biarlah buat tempahan dulu, memandangkan bila cuti Umum memang penuh.
 
UDANG GALAH, Bagi mereka yang membeli udang galah segar dan beku banyak juga dijual di tepi jalan menuju ke bandar Rompin ini. Pilihlah mengikut kemampuan. Bagi saya kalau ingin merasi keenakan udang galah pilihlah gred B, walaupun kecil sedikit tetapi rasanya manis.
 
Setakat ini sahajalah perkongsian ilmu dari penulis MEMANCING DI SANA-SINI.
 


0 ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP